Cabaran Perniagaan

Apa kabor semua? Harap sihat2 le selalu walaupun cuaca panas sekarang ni. Banyakkan minum air..lega sikit badan tu.
Ok….lama dah tak bercerita ngan korang pasal bisnes cetak baju ni. Hari ni saya nak berkongsi pengalaman sikit ngan korang terutamanya kepada sape2 yang baru nak berjinak2 dengan bisnes tshirt ni.
Mungkin ramai rasa macam mudah je kitaorang buat bisnes cetak baju ni, betul tak?
Korang mungkin nampak simple je. Orang order baju, bagi harga & terus print.
Tapi mungkin korang tak tahu cabaran serta dugaan di sebalik bisnes cetak baju kitaorang ni.
Bukan nak menakut-nakutkan korang (bagi yang baru nak berjinak dengan bisnes TShirt) tapi apa yang saya nak kongsikan ni adalah pengalaman sebenar beberapa tahun dalam bisnes ni supaya korang membuka mata & bersedia skit tentang perjalanan sebenar bisnes cetak baju ni.
Actually, ramai yang mintak petua & ilmu dengan saya tentang bisnes ni & apa yang saya boleh bantu, saya cuba bantu tapi hakikatnya, dari pengalaman le yang paling baik untuk korang belajar sebenarnya.
Mungkin ada antara cabaran ni, korang Nampak macam gerun skit bila nak join bisnes tshirt ni tapi bagi yang betul2 minat macam kitaorang ni, biasanya cabaran & dugaan tu macam biasa je. Alah bias, tegal biasa…kata orang tua2.
Orang kata kalau nak berjaya, mesti tempuh cabaran & kegagalan dulu, baru boleh berjaya, betul tak?
Ok…antara cabaran2 yang nak saya kongsi ngan korang ialah :
1. Masa
Bisnes cetak baju saaaaaaaangat pentingkan masa sebab cetak tshirt ni bukan macam bisnes barang dah siap. Kalau barang dah siap, stok dah ada, boleh jual terus.
Tapi kalau cetak baju terutamanya yang ada event penting, kita kena siapkan sebelum event tu berlaku. Kalau siap lepas event, sia-sia jelah tshirt tu korang buat sebab majlis dah habis.
Silap2…customer mintak balik duit & pulangkan balik baju tu. Tak ke menyusahkan hidup kita tu.
Kalau yang jenis tak ada due date, ok lagi sebab kita boleh mintak tangguhkan skit tarikh tu. Sementara tu, boleh kita siapkan tempahan lain dulu.
Cabaran dari segi masa ni pun sangat besar bagi saya sebab saya kerja full time tempat lain. Isteri yang kerja full time buat bisnes ni. Tapi saya respek gak pada diri sendiri sebab walaupun saya tak kerja sepenuh masa bisnes cetak baju ni, Alhamdulillah….semua tempahan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan kecuali baru2 ni, bukan silap saya tapi courier yang lambat hantar. So, saya kena pulangkan balik duit diaorang.
Bayangkanlah…saya kerja office hour dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Petang dah sampai rumah, saya akan sambung jawab emel (kat pejabat kalau kerja tak banyak, saya akan ambil masa jawab emel yang masuk).
Banyak masa saya kena korbankan. Orang lain rehat hari Sabtu Ahad, saya akan start buat blok printing seawal 6.30 pagi hari Sabtu. Malam sebelum tu, dah siapkan semua design & siap print sekali. So, bagi jimatkan skit masa untuk buat design, mana yang design agak susah skit tu, saya akan upah designer untuk buat balik design tu.
2. Pelanggan
Pelanggan pun bagi banyak dugaan & cabaran kat bisnes kitaorang.
Maafkan saya ye…saya rasa mungkin ramai yang tak baca artikel2 dalam blog saya ni & mungkin tak sempat nak baca kot sebab banyak soalan yang ditanya, dah ada dalam blog saya tu.
Antara cabaran dengan pelanggan ni ialah kebanyakan pelanggan terus tanya soalan2 yang agak mencabar untuk saya jawab dengan kekangan masa yang ada. Antara soalannya ialah :
  1. “Berapa harga sehelai untuk baju ni?” – Soalan tanpa memberikan detail tempahan untuk saya bagi harga.
  2. “Boleh tak saya order TShirt sehelai je?” – Mungkin ramai tak Nampak maklumat tempahan 5 lai ke atas kat banner header saya tu kot.
  3. “Saya tak tahu nak buat design, boleh tolong buatkan?” – Biasanya soalan camni, saya mintak pelanggan klik pada page “Buat Design Sendiri” kat atas nun sebab saya tak sempat nak buat design tu.
Memang mencabar juga pelanggan kitaorang ni. Dari segi adab sopan pun ada jugak…tapi majoriti pelanggan saya masih mempunyai adab sopan masa dealing dalam emel. Saya rasa hanya 1,2 orang dalam beribu2 orang je yang lain dari yang lain sikit.
Ada jugak yang mengutuk & marah sebab harga saya mahal. Dalam beribu2 pelanggan yang dah deal dengan saya, tak silap saya 2 orang je kata harga saya mahal.
Terpulang pada diaorang. Kalau rasa mahal, apa salahnya bertanya dengan baik…tak dapat kurang lagi ke..takpun, tolak dengan baik & cari tempat lain yang lebih murah. Kalau ada yang berperangai camtu, mungkin dia ada masalah kot. Tak perlulah nak marah atau kutuk2.
3.  Meyakinkan pelanggan
Ini pun cabaran jugak dalam bisnes online. Anda yang baru berjinak2 dalam bisnes online ni, kejujuran, keikhlasan & iman mesti kuat terutamanya bisnes online.
Bukan mudah kita nak mintak customer bank in kan ke akaun kita, lebih2 lagi bisnes online yang orang tak Nampak muka kita.
Memang kalau nak menipu mudah sangat tapi sampai ke mana kalau kita menipu. Cuba korang tipu customer korang & tengok le berapa lama bisnes korang tu bertahan.
4.  Siapkan design customer
Seperti yang saya sebutkan sebelum ni, masa antara cabaran yang paling besar dalam bisnes cetak baju ni.
Masa juga ada kaitan dengan tempoh nak siapkan design. Kalau design simple, tempoh masa daripada nak siapkan design, print out & buat blok printing agak pendek.
Kalau just print 1 kaler sahaja, tak akan ambil masa lama.
Tapi kalau nak print banyak kaler, memang agak mencabar. Biasanya kalau customer bagi design dalam jpeg, saya akan upah designer untuk pecahkan kaler sebab blok printing saya bergantung pada berapa kaler nak print.
Biasanya part designer tu untuk pecah kaler dah ok tapi bila masuk part saya nak separatekan ikut blok printing pun kadang2 ambik masa yang lama jugak.
Cer bayangkan, camane saya nak pecahkan kaler kalau design cam kat bawah ni.
2014
Kalau guna CMYK, mudah je sebab saya dah ada special printer untuk tu. Kalau kaler solid, memang sangat mencabar.
5.  Printing baju
Nak print baju pun mencabar gak sebenarnya. Kalau print 1 kaler, ok lagi. Wife kata sambil tidur pun boleh print….hehehehe. Bukan riak tapi nak menunjukkan agak mudah kalau nak print 1 kaler.
Yang mencabar, kalau print banyak kaler & kena tindih kaler.
Kami jarang guna locking sebenarnya. Biasanya saya akan buat marking atas setiap blok untuk bagi sharp setiap kali tindih kaler tu. Cabaran dia ialah masa nak print untuk blok ke 2, ke 3 & seterusnya . Naik juling mata kalau nak bagi design tu betul2 tepat atas setiap design.
Dengan sebab tu, saya akan caj lebih skit kalau print banyak kaler ni. Jangan marah aaa….
Saya akan cuba  mudahkan lagi kerja printing banyak kaler ni akan datang, supaya saya boleh bagi harga murah sikit nanti ye.
Itulah antara cabaran2 yang saya rasa agak kritikal sikit dalam bisnes cetak baju ni. Ini mungkin bagi saya yang tak menyewa kedai, tak upah pekerja dll.
Orang lain, saya tak tahu lak apa cabaran diaorang.
Sesetengah tu, cabaran dari segi nak buat marketing. Bagi saya, marketing Alhamdulillah sebab kalau ikutkan sekarang, tak menang tangan saya nak siapkan order dari pelanggan sebenarnya.
Ada orang cabaran dari segi kewangan. Bagi saya, Alhamdulillah jugak sebab saya ada gaji yang back up kewangan saya & nafsu saya tak besar macam orang lain. Walaupun income saya Alhamdulillah jugak setiap bulan tapi saya cuba minimizekan belanja bulanan. Saya banyakkan saving. So, senang time perlukan duit nanti.
Ada orang cabaran dari segi nak maintain bisnes. Memang…kalau diikutkan memang letih buat bisnes ni tapi sebab minat, kita tak kisah pasal tu semua. Ada orang just nak cuba2 je sebab tengok seronok je buat bisnes ni tapi bila sendiri buat, baru sendiri tau susah ke mudah.
Nak buat apa pun bisnes, komitmen, kerajinan, disiplin dan macam2 lagi sifat positif mesti ada dalam diri kita. Kalau banyak negative dari positif…konfem, tak kekal lama bisnes tu.
So…alang2 korang berjinak2 ngan bisnes ni, buat le sungguh2. Kalau duk bertukar bisnes je, bila nak Berjaya.
Satu lagi nak bagitau, kalau ada macam2 cabaran atau dugaan timbul dalam bisnes korang, berbalik le pada Tuhan, Kita ada Allah. Mengadu je pada Dia. In Sha Allah, selesai masalah kita. Itu je yang saya pegang setiap kali dugaan & cabaran datang.
Ok…harap2 dapat le sikit2 petua yang korang boleh guna kalau korang betul2 serius nak buat bisnes tshirt. Sendiri mau ingatlah ye….

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Cabaran Perniagaan ini dipublish oleh Unknown pada hari Friday, 20 June 2014. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Cabaran Perniagaan
 

0 comments:

Post a Comment