MaGIC anjur BOD Challenge

Kuala Lumpur: Bakal usahawan yang mahu menceburi bidang perniagaan boleh berbuat demikian melalui pertandingan BOD Challenge yang dianjurkan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) yang baru ditubuhkan.
Pertandingan dimulakan 31 Mac lalu menawarkan peserta pengalaman dan pendedahan yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan.
Penerbit Eksekutif BOD Challenge, Rizal Alwani berkata, program cabaran BOD akan menyediakan mereka dengan nilai sebenar, menghasilkan keuntungan sebenar dan mengumpul dana setiap hari.
“Kami mahu mereka dibentuk dalam situasi tertekan,” katanya pada sidang media mengenai program itu, semalam.
Siri cabaran itu yang ditaja sepenuhnya oleh MaGIC, bermula dengan peserta bersaing untuk mendapatkan pembiayaan awal dan hadiah tunai berjumlah RM50,000.
Selama lebih 20 hari, peserta akan bersaing untuk membangunkan perniagaan, mengesahkan produk dan perkhidmatan di pasaran.
Mereka juga perlu memperoleh pelanggan baru, merangka strategi pemasaran dan mengumpul dana.

Sepanjang aktiviti itu, mereka sebenarnya diberi latihan oleh mentor, tunjuk ajar, akses pasaran dan kit peralatan membangunkan perniagaan.
Aktiviti para peserta dalam pertandingan itu akan dirakam dan dimuat naik ke semua plat-form BOD Challenge di media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube setiap hari.
“Program ini mungkin akan berkembang menjadi francais dan berkembang ke rantau ini untuk meniru peluang permulaan usahawan dari negara-negara lain yang menyertainya,” katanya.
Penubuhan MaGIC diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ke-4 tahun lalu dengan peruntukan sebanyak RM70 juta.-BERNAMA.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/24Sumber : myMetro

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel MaGIC anjur BOD Challenge ini dipublish oleh Unknown pada hari Friday 20 June 2014. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan MaGIC anjur BOD Challenge
 

0 comments:

Post a Comment